SUMBER TENAGA DIMANA-MANA

" Terima kasih kerana sudi melayari blog saya ini. Anda semua adalah terbaik kerana peka dengan isu ini. Marilah kita bersama mengamalkan konsep kecekapan tenaga walau dimana sahaja kita berada untuk kebaikan bersama"....arifridzuan 2017

Friday, 14 July 2017

UTM DAN TNB ENERGY SERVICES SDN BHD BERKOLABORASI DALAM BIDANG KECEKAPAN TENAGA DAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI


12 MEI 2017 | KUALA LUMPUR – UTM dan TNB Energy Services Sdn Bhd (TNBES) sebuah anak syarikat milik Tenaga Nasional Berhad hari ini menandatangani satu perjanjian memorandum persefahaman bagi kerjasama khusus dalam bidang Kecekapan Tenaga (EE) dan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE).
Persefahaman ini dimeterai sebagai kolaborasi untuk memberi manfaat kepada UTM dalam mengoptimumkan kos tenaga elektrik dan menjana tenaga elektrik sendiri.  Antara potensi projek yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan, dinilai dan ditawarkan adalah :
  1. Program Kecekapan Tenaga (EE) melalui Kontrak Prestasi Tenaga (EPC) yang melibatkan LED lighting retrofit and air conditioning di Enam buah bangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) iaitu bangunan Pusat Pengajian Islam, Fakulti Geoinformasi dan Hartanah, Fakulti Pengurusan, Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
  2. Pemasangan sistem tenaga boleh diperbaharui dan unit penghawa dingin cekap tenaga untuk Masjid Sultan Ismail UTM.
  3. Pembangunan dan pemasangan Sistem Penjanaan Kuasa Mini Hidro ‘Off-Grid” di Empangan Jernih dan / atau Tasik Ilmu di UTM untuk tujuan pendidikan.
  4. Pelaksanaan sistem Building Integrated Photoboltaic (BIPV) menggunakan Skim Net Tenaga Permeteran (NEM) di bangunan-bangunan Pusat Makmal Penyelidikan Universiti-Industri dan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS).
  5. Kerjasama pendidikan dan penyelidikan dalam membangunkan kampus UTM Johor Bahru sebagai makmal hidup (Living Lab) dalam bidang tenaga boleh diperbaharui.
Memorandum persefahaman ini ditandatangani oleh Professor Dr. Azlan bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM dan Dr. Ir. Ahmad Jaafar Abd Hamid, Pengarah Urusan TNBES.  Manakala saksi majlis disertai oleh YBhg Datuk Wira Roslan Abd Rahman, Ketua Pegawai Korporat TNB yang juga mewakili, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB dan ahli-ahli Lembaga Pengarah TNBES, manakala dari UTM diwakili oleh Profesor Dr Abdul Latif Saleh, Pengarah Kerja UTM, Profesor Dr. Sevia. Mahdaliza Idrus Sutan Nameh dan Profesor Dr. Mohammad Yusri Hassan dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM.  Majlis turut dihadiri oleh Pengurusan dari UTM dan TNBES.
Memorandum persefahaman ini berkuatkuasa untuk tempoh lima (5) tahun. Ia menjadi  pemangkin bagi kemajuan dan aktiviti penyelidikan berkaitan tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga elektrik di UTM. Sekaligus ia  menjadikan kampus UTM sebagai makmal hidup (Living Lab) melalui program aktiviti penyelidikan termaju untuk menghasilkan lebih ramai penyelidik dan tenaga pakar tempatan.
Selaras dengan program inisiatif pertumbuhan universiti tempatan, kerjasama ini membuktikan keyakinan universiti terhadap kepakaran dan kemampuan TNBES khasnya dan TNB amnya. Ia diharapkan akan memberi impak positif yang secara tidak langsung dapat membantu memberi panduan kepada universiti lain sebagai satu langkah kerjasama universiti-industri dalam melestarikan industri tenaga hijau untuk kehidupan yang lebih baik bagi generasi masa depan.

Kredit kepada : http://news.utm.my/malay/2017/05/utm-dan-tnb-energy-berkolaborasi-dalam-bidang-tenaga/
Share:

0 comments:

Post a Comment


"Tenaga perlu digunakan secara cekap untuk mengelakkan PEMBAZIRAN ....bagi kemandiran generasi akan datang. Anda mampu mengubahnya bertindaklah sekarang sebelum terlambat."

Blog Archive

DEFINISI

Tenaga
Merujuk kepada kebolehan atau kuasa untuk membuat sesuatu kerja.(‘Energy is the ability or power to do work.’).
Kecekapan Tenaga
Merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana.

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA
Klik Gambar

INILAH SAYA...SEADANYA

Arif Ridzuan

Tempat belajar:
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang

Jawatan:
Ketua Pelajar (Head Perfect)
Exco Badar
Naib Pengerusi Kelab Memanah
Setiausaha Persatuan Sains
Guru Muda Matematik Tambahan

Pencapaian Akademik :
* Pelajar Terbaik Keseluruhan PT3 2015 = 10A
* Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 4 2016 = Straight A

Pencapaian Kokurikulum
* Pingat Emas Program Kepimpinan UNITEN Peringkat Kebangsaan
* Pingat Gangsa Program FRIS Peringkat Antarabangsa
* Anugerah Pencapaian Terbaik Pertandingan Robotik Peringkat Negeri

Harapan
Menjadi pelajar terbaik SPM 2017 dengan 9A+ dan mendapat tajaan biasiswa YTN

JOM HUBUNGI SAYA

email : 221000arif@gmail.com
facebook: arif ridzuan
Boleh hubungi saya untuk bertukar-tukar maklumat mengenai pelajaran atau apa-apa jua perkara..saya sedia berkongsi idea dan tips..

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA