SUMBER TENAGA DIMANA-MANA

" Terima kasih kerana sudi melayari blog saya ini. Anda semua adalah terbaik kerana peka dengan isu ini. Marilah kita bersama mengamalkan konsep kecekapan tenaga walau dimana sahaja kita berada untuk kebaikan bersama"....arifridzuan 2017

Friday, 14 July 2017

LABEL ELEKTRIK

LABEL PRODUK ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK YANG BETUL  

Kajian pasaran yang telah dijalankan oleh Persatuan Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) baru-baru ini, mendapati  bahawa banyak produk elektrik dan elektronik yang memberikan maklumat yang salah pada label. 

Label berperanan sebagai informasi yang penting mengenai  sesuatu produk. Bagi produk elektrik  dan elektronik ia dapat memberikan informasi tentang kadar penggunaan elektrik sesebuah produk apabila produk tersebut digunakan. Selain itu, label bagi produk-produk  besar seperti mesin basuh juga sukar untuk difahami dari segi penggunaan tenaga elektrik. 

Brosur-brosur yang diberikan juga tidak menggambarkan kadar penggunaan kuasa elektrik  tetapi  lebih memberikan tumpuan kepada kelebihan produk. Label mengenai kadar kuasa diperlukan bagi membantu pengguna mengenal pasti penggunaan tenaga elektrik  ketika peralatan elektrik tersebut beroperasi. Satu lagi perkara yang perlu diberikan perhatian ialah label mandatori Suruhanjaya Tenaga untuk produk elektrik  dan elektronik. Label ini mengiktiraf sesuatu produk itu selamat.

Oleh itu disarankan supaya: 

  • Label yang mengandungi maklumat produk  hendaklah dalam keadaan yang mudah untuk dilihat, sama ada di bahagian hadapan  atau bahagian atas produk. Ini bagi membantu pengguna mengetahui  maklumat produk dengan jelas. 
  • Kebanyakan produk elektrik mempunyai kadar voltan dan arus elektrik. Oleh itu kadar kuasa juga perlu dinyatakan dalam label ini. Kadar kuasa ini perlu disahkan oleh agensi pengiktirafan seperti SIRIM. Dengan mengetahui  kadar  kuasa ini, pengguna dapat membuat anggaran kos tenaga elektrik yang digunakan oleh produk tersebut.
  •  Semua produk  elektrik dan elektronik hendaklah diwajibkan untuk meletak label kecekapan  tenaga. 
  • Kedai elektrik dan pusat membeli-belah hendaklah memastikkan bahawa hanya produk yang disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga  sahaja yang dijual. Pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan tegas sekiranya mereka menjual produk tiruan atau produk yang memberikan maklumat yang salah. 
PELABELAN PRODUK-PRODUK ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK MESTI DIPIAWAIKAN 

Label adalah salah satu elemen penting dalam merumuskan maklumat produk kepada pengguna. Maklumat yang tepat akan membantu pengguna untuk memilih dan menggunakan produk dengan bijak. Berdasarkan rundingan dengan orang awam dan perbandingan dengan lain-lain amalan pelabelan antarabangsa yang lebih baik, AWER mencadangkan penambahbaikan dalam pelabelan bagi produk elektrik dan elektronik di Malaysia untuk dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga. Apabila penambahbaikan pelabelan dilakukan mengikut cadangan AWER, ia akan memberi faedah secara langsung kepada pengguna untuk mengukur penggunaan tenaga elektrik mereka dengan mudah. Penambahbaikan ini juga perlu dilakukan selari dengan penguatkuasaan.

 Tambahan pula, kerajaan telah berjanji untuk menaik taraf semua label kecekapan tenaga penarafan 5 bintang sukarela kepada pelabelan mandatori. Akan tetapi, Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Kebangsaan (NEEAP) tidak memberikan tempoh pelaksanaan perkara ini. Pelabelan penarafan 5 bintang mandatori adalah penting untuk meningkatkan kehadiran produk-produk yang mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi dalam pasaran serta membantu pengguna membeli produk-produk cekap tenaga dengan mudah.

KECEKAPAN TENAGA

 Suruhanjaya Tenaga telah menubuhkan skim pelabelan tenaga bagi peralatan elektrik rumah. Kecekapan penggunaan tenaga bagi peti sejuk contohnya disahkan dengan mengguna pakai kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong  oleh Suruhanjaya Tenaga. Label Penilaian Tenaga bertaraf 5 bintang  menunjukkan penjimatan tenaga yang paling tinggi. Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.



 Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga.Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga. 

Selain itu, sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik.  Label cekap tenaga ini bertujuan memberi maklumat yang lebih terperinci dalam membantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga.Bintang pada label cekap tenaga ini menunjukkan kecekapan barang elektrik tersebut dalam  menjimatkan tenaga. 

Label yang mempunyai  taraf 1 bintang menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga  yang rendah dan taraf 5 bintang menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi. Setakat ini label tersebut boleh didapati pada barang elektrik tertentu seperti peti sejuk, pendingin hawa, televisyen dan kipas angin.Pengguna boleh membuat pilihan dengan melihat kepada taraf bintang pada barang elektrik tersebut. Label ini juga boleh membantu pengguna  membuat perbandingan antara satu barang dengan barang yang lain. 

Pengiraan kecekapan penggunaan tenaga bagi peti sejuk ditentukan melalui kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga. Proses pengujian tersebut dijalankan oleh pihak SIRIM. Sekiranya pengujian tersebut lulus, maka Suruhanjaya Tenaga akan memberi pengiktirafan label kecekapan tenaga berdasarkan  taraf 1 hingga 5 bintang.Standard adalah satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan dan kualiti bagi sesuatu barang dan perkhidmatan. 

Di Malaysia, satu jawatankuasa teknikal Performance of Household and Similar Electrical Appliances telah ditubuhkan bertujuan membangunkan standard berkaitan dengan kecekapan tenaga. Standard ini bertujuan menghasilkan barangan elektrik bagi kegunaan isi rumah yang cekap tenaga. Dokumen MS (Malaysian Standard) yang sedang dibangunkan ini akan membantu industri dan pengeluar untuk mematuhi ciri-ciri dan kriteria tertentu yang ditetapkan.
Share:

0 comments:

Post a Comment


"Tenaga perlu digunakan secara cekap untuk mengelakkan PEMBAZIRAN ....bagi kemandiran generasi akan datang. Anda mampu mengubahnya bertindaklah sekarang sebelum terlambat."

Blog Archive

DEFINISI

Tenaga
Merujuk kepada kebolehan atau kuasa untuk membuat sesuatu kerja.(‘Energy is the ability or power to do work.’).
Kecekapan Tenaga
Merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana.

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA
Klik Gambar

INILAH SAYA...SEADANYA

Arif Ridzuan

Tempat belajar:
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang

Jawatan:
Ketua Pelajar (Head Perfect)
Exco Badar
Naib Pengerusi Kelab Memanah
Setiausaha Persatuan Sains
Guru Muda Matematik Tambahan

Pencapaian Akademik :
* Pelajar Terbaik Keseluruhan PT3 2015 = 10A
* Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 4 2016 = Straight A

Pencapaian Kokurikulum
* Pingat Emas Program Kepimpinan UNITEN Peringkat Kebangsaan
* Pingat Gangsa Program FRIS Peringkat Antarabangsa
* Anugerah Pencapaian Terbaik Pertandingan Robotik Peringkat Negeri

Harapan
Menjadi pelajar terbaik SPM 2017 dengan 9A+ dan mendapat tajaan biasiswa YTN

JOM HUBUNGI SAYA

email : 221000arif@gmail.com
facebook: arif ridzuan
Boleh hubungi saya untuk bertukar-tukar maklumat mengenai pelajaran atau apa-apa jua perkara..saya sedia berkongsi idea dan tips..

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA