Program Earth Hour telah dimulakan pada tahun 2007 dan menjadi satu acara global tahunan di negara seluruh dunia. Pada tahun ini, program Earth Hour bakal diadakan pada 25 Mac 2017 bermula 8.30 malam hingga 9.30 malam iaitu selama 1 jam. Apa yang perlu anda buat? Hanya tutup lampu pada waktu tersebut.
Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Seduia ( WWF ) , disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Program ini dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada tahun 2007, dan mendapat sokongan dunia bermula tahun 2008. Pada tahun 2012 pula, lebih daripada 7,000 bandar di 152 buah negara dan wilayah menyertai kempen Earth Hour dan menjadi salah satu “kempen terbesar di dunia”.
Malaysia dan Earth Hour
Malaysia juga turut bersama-sama menyertai projek Earth Hour bermula sekitar beberapa tahun lepas dan nampaknya pada tahun ini syarikat korporat dan juga banyak pusat beli0belah yang turut bersama-sama melakukan projek ini tahun ini
0 comments:
Post a Comment