SUMBER TENAGA DIMANA-MANA

" Terima kasih kerana sudi melayari blog saya ini. Anda semua adalah terbaik kerana peka dengan isu ini. Marilah kita bersama mengamalkan konsep kecekapan tenaga walau dimana sahaja kita berada untuk kebaikan bersama"....arifridzuan 2017

Friday, 14 July 2017

BAGAIMANA TENAGA SOLAR BOLEH MENGHASILKAN TENAGA ELEKTRIK?

Jika sebelum ini saya ada bercerita tentang bagaimana untuk jimatkan tenaga elektrik di rumah atau disekolah dan juga tentang bagaimana tenaga biogas dan biomas bertukar menjadi tenaga elektrik, hari ini saya akan bercerita tentang bagaimana tenaga solar boleh menghasilkan tenaga elektrik di rumah.
Apa itu tenaga solar?
 
Tenaga solar adalah teknologi yang dicipta untuk mendapatkan tenaga daripada cahaya matahari. Tenaga matahari ini telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad yang lepas secara meluas. Antara contoh penggunaan tenaga matahari adalah (pemanasan air, pemanasan banguna dan juga dalam masakan). Malah, tenaga matahari juga boleh menghasilkan tenaga elektrik melalui enjin pemanasan dan fotovoltaik. – Wikipedia.
Solar PV(Photovoltaic) di rumah.
Ya. Melalui teknologi terkini, penghasilan daripada solar panel boleh menghasilkan tenaga elektrik setiap hari. Sekarang, sudah banyak rumah, kilang dan industri yang memasang solar panel untuk menghasilkan tenaga elektrik sama ada untuk tujuan perniagaan ataupun untuk kegunaan sendiri.
Tidak hairan mengapa tenaga solar ini menjadi sumber tenaga boleh baharu PENTING pada masa hadapan nanti. Ini kerana faktor perubahan cuaca dibumi dan berlakunya pencemaran serta kekurangan sumber bekalan tenaga elektrik akan semakin berkurangan pada masa hadapan. Sebab itu kebanyakkan negara termasuk Malaysia berusaha keras untuk mendidik rakyat Malaysia agar lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian dan juga mendidik masyarakat untuk memasang solar panel di rumah atau bangunan agar dapat menyediakan sumber tenaga boleh baharu yang mencukupi pada masa hadapan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Melalui lawatan terbaru saya ke rumah Pn. Stephanie Mary Bacon pada 18 Januari 2014 yang lalu anjuran SEDA Malaysia, saya mendapat banyak maklumat yang berguna dan dapat belajar perkara baru tentang teknologi tenaga solar, khususnya pemasangan solar panel di rumah.

Solar Panel di CoolTek Home.
Siapakah Pn. Stephanie Mary Bacon?
Beliau bersama mendiang suaminya, Harry Boswell merupakan warga British yang menetap di Malaysia. Mereka telah membina sebuah rumah yang diberi nama “COOLTEK HOME” yang mempunyai teknologi hijau dan menjimatkan tenaga elektrik 5 kali ganda lebih berkesan berbanding standard rumah biasa di Malaysia pada bulan Oktober 2007. Mereka antara “PIONEER” rumah berkonsepkan teknologi hijau pertama dan memasang panel solar pertama di Malaysia.

Pn. Stephanie Mary Bacon.
Malah, rumah mereka COOLTEK HOME itu telah memenangi anugerah ASEAN Energy Award Winner pada tahun 2009. Dan pada tahun 2011, mereka merupakanorang pertama dan rumah pertama yang mengikuti Program FiT (Feed-in Tariff)yang dilancarkan oleh kerajaan melalui SEDA Malaysia. Program Feed-in Tariff ini telah memberikan faedah berbentuk pendapatan bulanan (wang tunai) kepada mereka pada setiap bulan kerana membekalkan tenaga elektrik melalui program FiT kepada pihak TNB. Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program FiT dan RE Fund (Apa itu FiT dan RE Fund).
Selain itu, Pn. Stephanie juga tidak perlu membayar bil elektrik yang tinggi pada setiap bulan. Bil elektrik rumah beliau tidak pernah melebihi RM77 dalam sebulan dan tidak pernah lagi membayar  surcaj 1.6% kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB). Saya pernah cerita tentang apa itu RE Fund atau KWTBB sebelum ini, bukan? Jadi, bukan sahaja beliau menjimatkan penggunaan elektrik pada setiap bulan, malah beliau dapat menambah pendapatan sampingan beliau apabila beliau menjimatkan tenaga elektrik dan menyertai program FiT.

Keratan akhbar tentang CoolTek Home.

Contoh bahan pembinaan Cooltek Home.
Bagaimana Pn. Stephanie dan mendiang suami beliau berjaya lakukannya?
  • Mempunyai modal yang cukup.
  • Mempunyai ilmu pengetahuan mengenai kecekapan Tenaga yang tinggi. Termasuklah memilih lantai yang sesuai, dinding dan tingkap yang menyerap haba, pemilihan penyaman udara yang lebih eko-ekonomi dan lebih berteknologi hijau, mereka bentuk rumah yang lebih menjimatkan elektrik.
  • Mempunyai semangat dan sanggup berusaha keras untuk mencapai cita-citanya.
  • Tidak mudah berputus asa.
Itu antara faktor-faktor kejayaan beliau berjaya membina COOLTEK HOME yang akhirnya memberi manfaat pada beliau. Bukan sahaja membina sebuah rumah yang menjimatkan tenaga, malah bil elektrik beliau tidak tinggi pada setiap bulan walaupun memasang penyaman udara sepanjang hari pada setiap bulan. Dan dalam masa yang sama, beliau meraih pendapatan sampingan melalui program FiT yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2011.

Cooltek Home.
Kesimpulan.
Untuk mencapai apa yang kita mahukan, usaha yang berterusan sangat diperlukan. Jika Pn. Stephanie dan mendiang suami beliau berputus asa pada tahun 2007 dulu, pasti COOLTEK HOME tidak akan terbina sehingga ke hari ini.
Share:

0 comments:

Post a Comment


"Tenaga perlu digunakan secara cekap untuk mengelakkan PEMBAZIRAN ....bagi kemandiran generasi akan datang. Anda mampu mengubahnya bertindaklah sekarang sebelum terlambat."

Blog Archive

DEFINISI

Tenaga
Merujuk kepada kebolehan atau kuasa untuk membuat sesuatu kerja.(‘Energy is the ability or power to do work.’).
Kecekapan Tenaga
Merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana.

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA
Klik Gambar

INILAH SAYA...SEADANYA

Arif Ridzuan

Tempat belajar:
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang

Jawatan:
Ketua Pelajar (Head Perfect)
Exco Badar
Naib Pengerusi Kelab Memanah
Setiausaha Persatuan Sains
Guru Muda Matematik Tambahan

Pencapaian Akademik :
* Pelajar Terbaik Keseluruhan PT3 2015 = 10A
* Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 4 2016 = Straight A

Pencapaian Kokurikulum
* Pingat Emas Program Kepimpinan UNITEN Peringkat Kebangsaan
* Pingat Gangsa Program FRIS Peringkat Antarabangsa
* Anugerah Pencapaian Terbaik Pertandingan Robotik Peringkat Negeri

Harapan
Menjadi pelajar terbaik SPM 2017 dengan 9A+ dan mendapat tajaan biasiswa YTN

JOM HUBUNGI SAYA

email : 221000arif@gmail.com
facebook: arif ridzuan
Boleh hubungi saya untuk bertukar-tukar maklumat mengenai pelajaran atau apa-apa jua perkara..saya sedia berkongsi idea dan tips..

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA