SUMBER TENAGA DIMANA-MANA

" Terima kasih kerana sudi melayari blog saya ini. Anda semua adalah terbaik kerana peka dengan isu ini. Marilah kita bersama mengamalkan konsep kecekapan tenaga walau dimana sahaja kita berada untuk kebaikan bersama"....arifridzuan 2017

Friday, 14 July 2017

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI NUKLEAR


Setelah tsunami melanda Jepun yang mengakibatkan kebocoran loji nuklear mereka, pandangan terhadap penggunaan tenaga nuklear untuk menjana elektrik mula mendapat perhatian. Terutamanya apabila diwawarkan Malaysia akan menjalankan projek membina loji nuklear yang mengundang perspektif berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia. Keresahan orang ramai terutama penduduk di sekitar kawasan pembinaan amnya dan rakyat Malaysia sendiri khususnya bertambah apabila Jepun tidak dapat mengawal kebocoran radiasi walaupun mempunyai teknologi canggih. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah selamat selagi tiada kebocoran berlaku tambahan pula ia adalah sumber yang sangat mesra alam kerana tidak mengeluarkan gas karbon dioksida. Walaupun penggunaan tenaga nuklear akan menjimatkan kos elektrik namun pembinaan loji berkenaan memerlukan wang yang bukan sedikit tentunya.



Dianggarkan kos yang diperlukan untuk membina loji nuklear ini mencecah RM 8.25 billion hingga 12.8 billion yang akan menghasilkan loji jana kuasa nuklear yang berkapasiti 1000 megawatt hampir tiga kali ganda hasil dari empangan terbesar Malaysia iaitu empangan tasik kenyir yang mampu menjana tenaga mencecah 400 megawatt. Dari segi geografi loji jana kuasa nuclear perlu dibina di kawasan perairan, kawasan pantai timur adalah tempat yang paling sesuai kerana aktiviti seismik yang minimum di Laut Cina Selatan bebanding di Selat Melaka



Faktor seismik iaitu pergerakan gelombang tenaga dalam bumi yang disebabkan gempa bumi, letupan atau proses lain membabitkan tenaga frekuensi rendah. Faktor seismik itu termasuk sejarah gempa bumi membabitkan radius 300 kilometer daripada lokasi dicadangkan. Jika faktor itu menjadi ukuran, loji nuklear pertama negara berkapasiti 1,000 megawatt itu mungkin dibina di sebelah Pantai Timur kerana aktiviti seismik minimum di Laut China Selatan, berbanding sebelah Selat Melaka yang pernah dilanda tsunami pada hujung 2004. Mengikut geologi, lokasi itu perlu mempunyai lapisan batuan dasar kukuh seperti granit dan sumber air banyak (berdekatan sumber air seperti pantai atau sungai) bagi proses penyejukan bahan api nuklear.



Tenaga nuklear 
Orang awam mungkin tidak tahu bagaimana tenaga nuklear boleh terhasil. Tenaga nuklear terhasil dari pemisahan atom uranium melalui proses penguraian yang boleh menjana tenaga elektrik yang sangat efektif. Konsep yang digunakan adalah air yang berada dalam paip akan melalui reaktor nuklear. Bahan nuklear yang terdapat dalam reaktor nuklear akan memancarkan tenaga dalam bentuk haba lalu memanaskan air dalam paip. Air dalam paip tidak akan mendidih kerana tekanan dalam paip sangat tinggi, tapi harus diingatkan, suhu air dalam paip itu mampu mencecah ribuan darjah celsius. Air dalam paip tersebut akan melalui satu tangki air yang lain, dengan haba yang dibekalkan oleh air dalam paip tersebut, air dalam tangki akan mendidih pada suhu yang tinggi dan menghasilkan wap panas. Wap tersebut akan menggerakan bilah turbin, tenaga mekanikal yang terhasil akan menjana tenaga elektrik. Yang menariknya, proses ini akan berjalan selama mana bahan nuklear itu boleh memancarkan tenaga. Oleh sebab itu, nuklear dikatakan amat murah dan mesra alam.




Tetapi harus diingat tentang jaminan bahan uranium yang berterusan kerana Malaysia tiada bekalan uranium kerana hanya tiga Negara pengeluar utama uranium iaitu Kazakhstan,Kanada dan australia. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Ahmad Kamil Ghazali dalam tajuk pembentangan pembinaan loji nuklear di Malaysia menyatakan simpanan uranium semakin berkurangan dan pada tahun 2009 penghasilan uranium ialah 50,572 tan, sementara terdapat 15 negara yang aktif menngunakan uranium iaitu jepun, amerika, korea dan lain-lain. Jumlah keseluruhan reaktor tenaga nuklear peringkat komersial dianggarkan melebihi 440 buah yang beroperasi di 30 buah negara seluruh dunia. Adakah setelah dunia telah kehabisan sumber ini atau Malaysia tidak berpeluang untuk membelinya kerana kos yang sangat mahal barulah kita akan membuat jana kuasa yang lain setelah banyak yang telah dilaburkan?



Adalah lebik baik kita menyalurkan kos pembinaan loji jana kuasa nuklear kearah yang lebih utama. Dana ini wajar jika digunakan untuk menyediakan anak tempatan dalam latihan kepakaran dan teknologi dalam bidang nuklear itu sendiri atau dalam teknologi lain. Perkara ini bukan sahaja bermanfaat untuk Negara, tetapi pembangunan masa depan negara dengan lahirnya golongan akademik yang bertaraf tinggi.



Kesan radiasi bahan radioaktif terjadi apabila seseorang terdedah kepada 1000 mSv per jam. Pekerja Chernobyl meninggal dunia dalam tempoh sebulan dan juga dalam masa seminggu apabila mereka terdedah kepada sinaran radioaktif sebanyak 6'000 mSv per jam dan 10'000 mSv kedua-duanya. Sejarah telah menunjukkan bahawa pembinaan loji jana kuasa nuklear umpama menanam bom jangka lebih-lebih lagi jika tiada pelan pengurusan sisa radioaktif oleh pihak berwajib. Malaysia semamangnya kekurangan pakar dalam menguruskan hal ini dipersetujui Tun Dr.Mahathir..
“masih banyak yang kita belum tahu mengenai teknologi lakuran (fusion) kerana sebaik saja ia menjadi radioaktif, kita akan hilang kawalan ke atasnya dan kita juga tidaktahu mengenai dengan cukup kesan radiasi dihasilkan. Selain itu, kita juga tidak tahu macam mana hendak menghapuskan bahan buangan radioaktif dan jika makin banyak negara membina loji tenaga nuklear, lebih banyak bahan buangan terpaksa dilupuskan”




Golongan yang menyokong penjanaan eletrik dari tenaga nuklear sentiasa memberi jamian bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah bebas dari pencemaran dan pelepasan gas rumah hijau selain berkeupayaan menghasilkan jumlah tenaga yang murah serta banyak berbanding sumber tenaga konvensional. Mereka juga menegaskan bahawa loji tenaga nuklear seperti di US mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang ketat. Tetapi teknologi di Malaysia sama sekali tidak boleh disamakan dengan teknologi di US, Mereka mempunyai banyak pakar begitu juga di jepun. Namun perlu diingat walau secanggih manapun teknologi yang digunapakai jepun masih jua mengalami kebocoran nuklear yang hampir menyamai tragedy Chernobyl. Kerana manusia tidak boleh menandingi kuasa Tuhan. 



Setiap aspek harus dititikberatkan terutamanya pendedahan kepada masyarakat umum tentang nuklear dengan adil. Masyarakat perlu didedahkan tentang baik buruk teknologi ini bukan hanya kebaikan sahaja tetapi kesan negatif yang boleh menjadikan Malaysia korban nuklear seterusnya. Masih ramai masyarakat tidak tahu dengan terperinci mengenai nuklear kerana kurangnya pendedahan. Masyarakat yang akan menggunakan teknologi ini, jadi biarlah mereka di beri maklumat yang adil untuk menilai hal ini dengan sedalam-dalamnya.



Disamping kos pembinaan yang menjadi persoalan kos penyelengaraan dan membaik pulih juga perlu diberi perhatian. Adakah Malaysia sudah benar-benar bersedia dengan pakar-pakar untuk mennyelenggara bahan ini dan adakah jurutera malysia yang pakar dalam bidang ini sudah cukup untuk membuat kerja-kerja baik pulih? Mengenai pengurusan sisa adakah Malaysia sudah membuat pelan untuk menyimpan sisa ini yang mengambil masa beribu tahun untuk mereput?



Kesan negatif lain yang boleh dilihat apabila berlaku kebocoran penyebaran penyakit 

berbahaya seperti kanser, perubahan fizikal badan, mutasi, penyakit berjangkit dan radiasi boleh membunuh serta mengubah sel badan manusia yang menyebabkan penyakit barah. Kesimpulannya rakyatlah yang perlu menentukan sama ada bersetuju atau tidak dengan pembinaan ini kerana merekalah yang akan menggunakannya dan menerima baik dan buruk teknologi nuklear ini pada masa akan datang. Jangan pula sudah terhantuk baru tergadah, majukanlah apa yang ada dan inovasikanlah sesuatu yang lebih baik. 

Kredit kepada : https://cikguphysics.wikispaces.com/share/view/42877676
Share:

0 comments:

Post a Comment


"Tenaga perlu digunakan secara cekap untuk mengelakkan PEMBAZIRAN ....bagi kemandiran generasi akan datang. Anda mampu mengubahnya bertindaklah sekarang sebelum terlambat."

Blog Archive

DEFINISI

Tenaga
Merujuk kepada kebolehan atau kuasa untuk membuat sesuatu kerja.(‘Energy is the ability or power to do work.’).
Kecekapan Tenaga
Merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana.

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA
Klik Gambar

INILAH SAYA...SEADANYA

Arif Ridzuan

Tempat belajar:
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang

Jawatan:
Ketua Pelajar (Head Perfect)
Exco Badar
Naib Pengerusi Kelab Memanah
Setiausaha Persatuan Sains
Guru Muda Matematik Tambahan

Pencapaian Akademik :
* Pelajar Terbaik Keseluruhan PT3 2015 = 10A
* Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 4 2016 = Straight A

Pencapaian Kokurikulum
* Pingat Emas Program Kepimpinan UNITEN Peringkat Kebangsaan
* Pingat Gangsa Program FRIS Peringkat Antarabangsa
* Anugerah Pencapaian Terbaik Pertandingan Robotik Peringkat Negeri

Harapan
Menjadi pelajar terbaik SPM 2017 dengan 9A+ dan mendapat tajaan biasiswa YTN

JOM HUBUNGI SAYA

email : 221000arif@gmail.com
facebook: arif ridzuan
Boleh hubungi saya untuk bertukar-tukar maklumat mengenai pelajaran atau apa-apa jua perkara..saya sedia berkongsi idea dan tips..

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA