SUMBER TENAGA DIMANA-MANA

" Terima kasih kerana sudi melayari blog saya ini. Anda semua adalah terbaik kerana peka dengan isu ini. Marilah kita bersama mengamalkan konsep kecekapan tenaga walau dimana sahaja kita berada untuk kebaikan bersama"....arifridzuan 2017

Friday 14 July 2017

EMPANGAN HIDRO ELEKTRIK KENYIR


Empangan Hidroelektrik Kenyir atau Stesen Janakuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu. Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.
Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.
Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Spesifikasi Empangan Kenyir
Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:
* Empangan utama
Tinggi 150m dari tapak ke puncak. Panjang 800 m dari hujung ke hujung. Isipadu 15.20 juta meter padu.Aras puncak ialah 155 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 153 m. Aras operasi adalah 145 m maksima dan 120 m minima.
Takungan : luas permukaan pada 145m ialah 370 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 2,600 km persegi. Isipadu takungan ialah 13,600 juta meter padu.
* Tandop – 4 petak.
* Alur limpah – luahan 7,000 meter padu sesaat.
* Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiap satu.
* Rumah janakuasa
o Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.
o 4 set janakuasa merangkumi 4 turbin jenis Francis dengan bersaiz 100 MW sebuah, 4 janakuasa bersaiz 120 MVA sebuah dan 4 pembolehubah bersaiz 120 MVA sebuah.

Hidroelektrik merupakan elektrik yang dijana oleh hidrokuasa. Kini kuasa hidroelektrik membekal kira-kira 715,000 MWe atau 19% daripada kuasa elektrik sedunia (16% pada tahun 2003), lebih daripada 63% jumlah kuasa elektrik yang diperolehi daripada sumber yang boleh diperbaharui pada tahun 2005.[1]
Walaupun penjana hidroelektrik yang besar menjana kebanyakan kuasa hidroelektrik di dunia, skema hidro kecil juga popular terutamanya di China, yang mempunyai lebih daripada 50% daripada kapasiti hidro kecil di dunia.[1]
Tidak dapat dinafikan lagi air merupakan keperluan asas dalam kehidupan. Dengan pertambahan jumlah penduduk dari semasa ke semasa, penggunaan air juga turut meningkat. Oleh yang demikian, bagi menampung keperluan air, kerajaan telah membina empangan. Empangan merupakan suatu pembinaan yang melibatkan pewujudan jasad air dalaman yang besar. Pada tahun 1949, lebih kurang 5000 buah empangan telah dibina di seluruh dunia. Pada akhir abad ke 20 pula, terdapat lebih daripada 45,000 buah empangan di seluruh dunia telah dibina bertujuan untuk membantu komuniti dan ekonomi dalam aspek kawalan banjir, makanan, peluang pekerjaan, pembangunan bandar serta pembangunan industri dan domestik. (World Commission on Dams, 2000).
Di kawasan Penampang dan Kota Kinabalu, Sabah, empangan Babagon terbukti dapat menolong penduduk pada waktu mereka mengalami masalah kemarau panjang seperti yang berlaku pada awal tahun 1997. dengan adanya empangan itu, penduduk di kawasan tersebut tidak kehabisan air walaupun bekalan terpaksa dicatu. Pembinaan empangan bukan sahaja berfungsi untuk mengawal banjir, membentuk dan membekalkan air, malahan turut memainkan peranan dalam penghasilan sumber hidroelektrik (Ismail Sahid, 1985). Di Mesir, Empangan Aswan telah dibina bagi membolehkan petani menanam tanaman dua atau tiga kali setahun dan pada masa yang sama ia membekalkan kuasa hidroelektrik untuk masyarakat Mesir (Mader, 1995). Selain daripada itu, pembinaan empangan juga secara tidak langsung mewujudkan pelbagai aktiviti rekreasi seperti memancing, ski air dan bersiar-siar dengan bot contohnya di Tasik Kenyir, Terengganu dan Tasik Pedu, Kedah.
Di sebalik faedah-faedah yang diperolehi hasil daripada pembinaan empangan, ianya turut memberikan kesan buruk kepada ekosistem termasuk hidupan liar, kepelbagaian tumbuhan, manusia dan ekonomi setempat. Pembinaan empangan secara umumnya akan menyebabkan kawasan tadahan menjadi semakin berkurangan, hidupan liar di daratan dan organisma air musnah sama sekali, aliran air mengalami perubahan secara mendadak, sifat kimia dan fizikal serta kualiti air berubah, habitat sungai berubah menjadi habitat tasik, ikan air tawar dan organisma akuatik yang lain berpindah tempat, juga habitat dan ekologi sistem yang baru wujud. Laporan Suruhanjaya Empangan Sedunia (World Commission on Dams) yang diterbitkan pada November 2000 telah menyatakan dengan jelas bahawa habitat di hilir sesebuah empangan itu seringkali mengalami perubahan-perubahan tertentu yang akan mencipta persekitaran yang menggalakkan pembiakkan spesies-spesies luar dan ini seterusnya dapat menjejaskan populasi spesies-spesies asal sesebuah sungai tersebut.
Menurut laporan tersebut lagi, ekosistem yang telah berubah boleh menjadi tidak stabil, menjejaskan sumber-sumber ikan yang menjadi rezeki para nelayan dan membiakkan agen-agen penyakit yang berbahaya kepada manusia dan spesies lain. Seterusnya, sungai tersebut tidak akan dapat menyokong masyarakat serta aktiviti budaya dan ekonomi yang wujud di hilir yang telah menjadi sebahagian sejarahnya. Perubahan habitat ini boleh menyebabkan akibat-akibat yang sangat buruk kepada penduduk yang bergantung kepada sungai yang telah diempang untuk kehidupan seharian mereka. Aktiviti penebangan dan pembersihan hutan untuk tujuan pembinaan empangan telah menyebabkan isipadu air di kawasan tadahan air menjadi semakin berkurangan. Antara lain, aktiviti penyahutanan turut menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan kawasan tersebut lebih terdedah kepada sinaran matahari. Kesannya suhu sekitaran, suhu tanah dan suhu permukaan air bertambah. Contoh, Sungai Orange-Vaal di Afrika Selatan, impak pembinaan 24 empangan di sepanjang sungai (2300km) tersebut telah meningkatkan suhu sebanyak 63% (World Commission on Dams, 2000). Perubahan suhu sekitaran sebenarnya meyumbang kepada faktor yang menyebabkan perubahan ekosistem kawasan tersebut
Dalam kerja-kerja pembinaan empangan, pembukaan jalan baru diperlukan bagi mengangkut bahan-bahan mentah, komponen mesin dan pekerja ke tapak projek. Hakisan tanah, pencemaran udara dan pencemaran air turut berlaku akibat aktiviti keluar masuk kenderaan dan pembangunan yang dijalankan di sekitar kawasan pembinaan empangan. Walaupun negara ini memiliki Taman Negara dan kawasan hutan rimba yang masih luas tetapi dengan dicerobohinya tempat tinggal hidupan liar bagi pembangunan empangan, maka tak hairan sekiranya terdapat hidupan liar merayau-rayau ke kawasan pertanian untuk mencari makan. Kemusnahan hutan ini menyebabkan tempat tinggal hidupan liar menjadi semakin sempit dan kekurangan bahan-bahan makanan juga menyebabkan banyak hidupan liar mati kebuluran.
Kebisingan dan kesan pencemaran semasa pembinaan empangan, jalan raya dan penebangan hutan telah mengganggu hidupan sekitaran. Ini mengakibatkan penghijrahan hidupan sekitaran ke kawasan-kawasan lain. Sebahagian besar habitat bagi haiwan liar seperti gajah, seladang dan lain-lain lagi turut hilang sebagaimana yang telah diperhatikan berlaku semasa pembinaan Empangan Tasik Kenyir . Empangan Kenyir juga telah menenggelam sebahagian kecil Taman Negara. Jelas disini bahawa bukan sahaja haiwan yang menerima akibat, malahan juga tumbuhan yang hidup di kawasan-kawasan Taman Negara dan kawasan sekitarnya. Dalam kita cuba memelihara keaslian Taman Negara daripada sebarang gangguan, kejadian ini merupakan satu titik permulaan kemusnahan Taman Negara pada masa hadapan.
Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu. Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.
Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.
Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Empangan Kenyir adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Kuala Terengganu. Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik besar iaitu Tasik Kenyir.
Stesenjanakuasa ini adalah stesen janakuasa elektrik dengan 4 turbin dengan keupayaan 100MW sebuah, berjumlah 400MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GHh.
STESEN JANA KUASA HIDRO
Stesen jana kuasa hidroelektrik menggunkan tenaga kinetic air untuk memusingkan tubin jana kusa. Komponen utama di stesen jana kuasa hidroelektri ialah empangan (dam), tasik buatan (reservoir),pintu kawaln (control gate), salur masuk (intake), pintu air (penstock), turbin (turine), saluran keluar (outflow), janakuasa (generator), pengubah (transformer), powerhouse dan talian penghantar (power lines).
EMPANGAN
Empangan dibina bagi menyimpan air untuk mendapatkan tekanan gravity bagi memusingkan turbin. Struktur empangan yang dibina mempunyai ketebalan dibahagian dasar empangan bagi menahan daya tekanan air yang besar di bahagian dasar empangan.
TASIK BUATAN
Apabila empangan dibina maka wujud tasik buatan. Air dari tasik buatan ini dinamakan tasik buatan. Air dari tasik buatan ini dinamakan tenaga keupayaan gravity. Oleh sebab kedudukan aras tasik lebih tinggi maka tenaga keupayaan gravity ini berupaya memusingkan turbin jana kuasa yang terletak didasar empangan. Tasik buatan terbesar di Malaysia ialah Tasik Kenyir yang menempatkan Empangan Kenyir.
PINTU KAWALAN SALURAN MASUK (INTAKE AND THE CONTROL GATE)
Pintu kawalan salur masuk terletak di bahagian empangan mengawal kemasukan air. Apabila pintu dibuka air akan masuk dengan menuju ke turbin janakuasa.
JANAKUASA ( GENERATION)
Janakuasa terdiri daripada empat asas utama iaitu shaft , excitor, rotor dan stator. Apabila turbin berpusing yang disebabkan oleh aliran air dari empangan, excitor akan menghantar arus elektrik ke rotor. Rotor adalah electromagnet sesiri yang besar yang berputar dalam gegelung dawai tembaga yang dinamakan stator. Kesan dari pusingan rotor ini menyebabkan aruhan electromagnet terhasil dan menghasilkan arus elektrik AU.
PENGUBAH (TRANSFORMER)
Pengubah meninggikan voltan AU yang dihasilkan oleh janakuasa hidroelektrik. Seterusnya voltan AU yang tinggi dihantar keluar melalui talian penghantaran ke Stesen Grid Nasional.
SALURAN KELUAR (OUTFLOW)
Seterusnya air keluar dari turbin dialirkan keluar ke sungai.
SISTEM PENGHANTARAN
System penghantaran merupakan satu proses penghantaran tenaga elektrik bermula dari jana kuasa elektrik hinggalah ke punca pencawang voltan tinggi. Sesebuah stesen janakuasa elektrik akan menghasilkan voltan janaan 11kV. Kemudian voltan janakuasa elektrik ini akan di tingkatkan dengan menggunakan pengubah peninggi ke nilai 66kV, 132kV, 275kV dan 400kV.
Tujuan peninggian voltan janaan adalah untuk:
i.Mendapatkan nilai voltan bekalan yang stabil kepada pengguna, walaupun telah berlaku susut voltan yang banyak.
ii.Mengurangkan kos perbelanjaan (saiz pengalir yang kec il).
Jaringan antara stesen-stesen jana kuasa yang menjana tenaga elektrik dengan pengagihan tenaga elektrik kepada pengguna dinamakan grid nasional. Grid Nasional merupakan jaringan talian penghantaran elektrik yang menghubungkan janaan, penghantaran pembahagian dan pengunaan elektrik di Malaysia. Jaringan talian ini di miliki dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Lebih 240 stesen pencawang di Semenajung Malaysia dihubungkan oleh jaringan ini melalui talian 132kV, 275kV, dan 500kV. Tenaga elektrik yang dijana oleh penjana elektrik seperti Tenaga Nasional dan penjana bebas dimuatkan ke jaringan ini untuk dihantar kepada pengguna di seluruh Negara. Grid Nasional ini juga menghubungkan kepada grid elektrik Thailand yang dikendalikan oleh Lembaga Elektrik Thailand (EGAT) dan juga grid elektrik Singapura yang dikendalikan oleh Singapore Power. Berikut kaedah penghantaran tenaga elektrik melalui:
a) TALIAN ATAS DAN KABEL BAWAH TANAH
Talian atas menggunakan dawai aluminium alloi tanpa penebat. Ia murah dan ringan berbanding tembaga yang berat dan mahal. Saiz pengalir bermula dari 12mm² ke 750mm². Disebabkan talian atas tidak berpenebat maka ciri-ciri keselamatan dititikberatkan dalam pemasangannya. Tenaga elektrik juga boleh dihantar melalui kabel bawah tanah dan juga kabel dasar laut. Lazimnya ini dilakukan di kawasan yang mempunyai pendudk yang ramai, halangan sungai dan juga muka bentuk bumi yang perlu dikekalkan.
b) SISTEM PENGHANTARAN KAEDAH JEJARI
Kaedah ini menyambungkan pengubah (transformer) peninggi secara jejari . lazimnya digunakn pada suatu kawasan yang memerlukan bekalan tenaga elektrik yang rendah.
c) SISTEM PENGHANTARAN KAEDAH GELANG
Kaedah ini menyambungkan semua pengubah peninggi dalam bentuk gelang. Sambungan gelang ini hanya dibuat pada bahagian lilitan sekunder disambungkan ke pengubah penurun.
d) SISTEM GRID NASIONAL
System Grid Nasional ialah satu system yang digunakan untuk menyambungkan stesen-stesen janakuasa elektrik yang besar.
SISTEM PENGAGIHAN
Merupakan [eringkat terakhir dalam proses pengagihan tenaga elektrik yang bermula dari pencawang voltan tinggi hingga ke punca pemasangan pengguna. Voltan dari pencawang tinggi diagihkan kepada pengguna mengikut keperluan. Bagi industry berat voltan maksimum adalah 11kV. Industry kecil, sekolah dan pejabat memerlukam bekalan voltan sebanyak 415V. bagi rumah pula, kebiasaannya menggunakan voltan bekalan 240V.
Terdapat dua system bekalan tenaga elektrik iaitu system fasa tunggal dan system tiga fasa:
a) Sistem fasa tunggal
System fasa tunggal 240V dibekalkan untuk rumah kediaman. Bekalan ini membolehkan pengguna menggunakan peralatan dan perkakasan elktrik seperti sterika, peti sejuk, TV dan sebagainya digunakan dengan selamat.
b) System tiga fasa
System ini menghasilkan voltan 415V untuk kegunaan industry. Voltan ini diperolehi daripada pengubah perendah di substesen. Pengubah menggunakan sambungan cara Delta-Delta atau Delta-Bintang antara gelung utama dengan gelung kedua pengubah substesen . Untuk mengelakkan kekeliruan antara tiga fasa satu kod warna pada kabel pendawaian diperkenalkan mengikut Negara.
Kredit kepada : https://litarelektrik11.wordpress.com/2009/12/19/kenali-empangan-hidroelektrik-kenyir-stesen-janakuasa-sultan-mahmud/
Share:

1 comments:


"Tenaga perlu digunakan secara cekap untuk mengelakkan PEMBAZIRAN ....bagi kemandiran generasi akan datang. Anda mampu mengubahnya bertindaklah sekarang sebelum terlambat."

Blog Archive

DEFINISI

Tenaga
Merujuk kepada kebolehan atau kuasa untuk membuat sesuatu kerja.(‘Energy is the ability or power to do work.’).
Kecekapan Tenaga
Merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana.

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA
Klik Gambar

INILAH SAYA...SEADANYA

Arif Ridzuan

Tempat belajar:
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang

Jawatan:
Ketua Pelajar (Head Perfect)
Exco Badar
Naib Pengerusi Kelab Memanah
Setiausaha Persatuan Sains
Guru Muda Matematik Tambahan

Pencapaian Akademik :
* Pelajar Terbaik Keseluruhan PT3 2015 = 10A
* Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 4 2016 = Straight A

Pencapaian Kokurikulum
* Pingat Emas Program Kepimpinan UNITEN Peringkat Kebangsaan
* Pingat Gangsa Program FRIS Peringkat Antarabangsa
* Anugerah Pencapaian Terbaik Pertandingan Robotik Peringkat Negeri

Harapan
Menjadi pelajar terbaik SPM 2017 dengan 9A+ dan mendapat tajaan biasiswa YTN

JOM HUBUNGI SAYA

email : 221000arif@gmail.com
facebook: arif ridzuan
Boleh hubungi saya untuk bertukar-tukar maklumat mengenai pelajaran atau apa-apa jua perkara..saya sedia berkongsi idea dan tips..

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA