SUMBER TENAGA DIMANA-MANA

" Terima kasih kerana sudi melayari blog saya ini. Anda semua adalah terbaik kerana peka dengan isu ini. Marilah kita bersama mengamalkan konsep kecekapan tenaga walau dimana sahaja kita berada untuk kebaikan bersama"....arifridzuan 2017

Friday, 14 July 2017

PENGENALAN KEPADA SUMBER TENAGA

Tenaga berasal daripada beberapa sumber, antaranya:

1)      Matahari
2)      Angin
3)      Air
4)      Sel kering atau bateri
5)      Bahan bakar 

                  ·      Matahari

   Matahari (tenaga solar) membekalkan tenaga haba dan cahaya. Tumbuhan menggunakan cahaya Mataharibukan sahaja untuk mereka membesar, tapi untuk membuat makanannya sendiri, ini  bermakna mereka mempunyai tenaga yang boleh disimpan. Kemudian, haiwan dan manusia memakan tumbuhan. Ini bermakna kita mendapat tenaga dengan cara memakan tumbuhan, memakan haiwan yang lain seperti lembu yang mempunyai tumbuhan yang telah dimakan. Apabila kita menjemur pakaian di luar di bawah cahaya Matahari, kita menggunakan haba daripada cahaya Matahari untuk mengeringkan pakaian tersebut.


   Angin

     Angin adalah udara yang bergerak. Angin telah digunakan beberapa ratus tahun yang lalu untuk membantu kapal belayar dan kincir angin untuk mengepam air bagi tujuan pengairan. Angin boleh membantu untuk melakukan kerja. Tenaga kinetik angin boleh ditukarkan kepada bentuk tenaga yang lain, sama ada tenaga mekanikal atau tenaga elektrik.  Tenaga yang dihasilkan oleh angin bergantung kepada kelajuan angin. Semakin laju angin bertiup, semakin banyak tenaga dihasilkan. Apabila sebuah kapal mula belayar, ia memerlukan tenaga angin untuk menolaknya di atas permukaan air. Ini merupakan satu bentuk kerja. Petani telah menggunakan tenaga angin selama beberapa tahun untuk mengepam air dari perigi menggunakan kincir angin. Angin juga digunakan untuk memusingkan batu pengisar untuk mengisar gandum atau biji jagung. Angin juga digunakan untuk menghasilkan elektrik. Angin yang bertiup akan memusing bilah kipas pada turbin angin. Bilah kipas akan menggerakkan gandar yang disambungkan pada generator yang akan menghasilkan tenaga elektrik. Setelah elektrik dihasilkan oleh turbin, elektrik dari seluruh ladang angin akan dikumpulkan dan dihantar ke transformer. Voltan akan ditambahkan untuk dihantar melalui kabel berkemampuan tinggi.



Air

     Air yang bergerak atau air terjun menghasilkan tenaga. Tenaga air (kuasa hidro) boleh menghasilkan tenaga mekanikal dan elektrik. Empangan hidroelektrik digunakan untuk menakung sungai membentuk tasik atau takungan air. Apabila air mengalir ke bawah ia disalurkan ke turbin atau roda air. Daya pergerakan air memusing turbin atau roda, yang mana memusingkan generator untuk menghasilkan elektrik.

   Kuasa air telah digunakan beberapa ratus tahun untuk menghasilkan tenaga mekanikal untuk mengisar, mengepam dan menggerakkan mesin.

 ·     Bahan Bakar

    Bahan bakar adalah sebarang bahan yang boleh terbakar dan menghasilkan tenaga haba. Contoh – contoh bahan bakar ialah kayu, petroleum, gas asli, arang dan arang batu. Apabila pokok – pokok ditebang dan kering, mereka digunakan sebagai kayu api atau arang. Selepas mati, haiwan dan tumbuhan mereput, mereka tertanam di dalam tanah. Selepas beberapa ribu tahun, mereka berubah menjadi arang, petroleum atau gas asli yang merupakan sumber tenaga.  Kayu dan arang batu digunakan untuk menghasilkan tenaga mekanikal, elektrik dan haba.

    Arang batu dilombong di bawah tanah berdekatan permukaan Bumi. Ia terbakar lalu menghasilkan haba. Arang batu juga boleh ditukarkan kepada bentuk cecair atau gas. Hidrogen ditambah bersama arang dan dipanaskan kemudian dikenakan tekanan tinggi untuk menghasilkan produk seakan minyak cecair dan gas. Minyak (petroleum) dan gas digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik, mekanikal dan haba. Minyak dan gas dipam keluar dari perigi dalam ke dalam tanah di bawah laut. Kemudian ia disalurkan menerusi saluran paip untuk ditapis dan dibersihkan.

 ·     Sel Kering atau Bateri 

·      Sel Kering atau Bateri
   Bateri boleh menyimpan tenaga dalam bentuk tenaga kimia. Apabila disambungkan dalam litar, melalui tindak balas kimia, bateri boleh menghasilkan tenaga elektrik. Jika kita melihat pada sebuah bateri, ia mempunyai dua hujung atau kutub – terminal positif dan terminal negatif. Jika kita menyambungkan kedua – dua terminal itu dengan wayar, satu litar akan terbentuk. Elektron – elektron akan mengalir menerusi wayar dan arus elektrik akan terbentuk.
    
Di dalam bateri, tindak balas antara bahan – bahan kima akan berlaku. Tetapi tindak balas hanya berlaku jika terdapat pengaliran elektron. Bateri boleh disimpan dalam jangka masa yang lama dan masih berfungsi kerana proses kimia tidak akan dijanakan sehingga elektron mengalir dari terminal negatif ke terminal positif menerusi litar.

    Terdapat dua kategori bateri, iaitu sel kering dan sel basah. Beberapa jenis bateri dalam kategori sel kering ialah :


   
  1. ·  Bateri Zink – karbon atau bateri biasa karbon – Zink dan karbon biasa digunakan dalam semula  bateri sel kering biasa AA, C dan D.
  2.   Bateri Alkali – biasa digunakan pada bateri Duracell dan Energizer.
  3.   Bateri Litium – biasa digunakan pada kamera untuk menyalakan mentol pemancar. 
  4.   Bateri Litium-Ion – Bateri ini dijumpai dalam computer riba, telefon bimbit dan lain – lain peralatan  boleh alih. Bateri jenis ini boleh dicas semula. 
  5.   Bateri Plumbum-asid – Atau dikenali sebagai akumulator. Bateri ini digunakan dalam kenderaan.  Elektrodnya diperbuat daripada plumbum dan plumbum oksida dan asid sebagai elektrolitnya.

Kredit kepada : http://c-tenaga.blogspot.my/p/sumber-tenaga.html
Share:

0 comments:

Post a Comment


"Tenaga perlu digunakan secara cekap untuk mengelakkan PEMBAZIRAN ....bagi kemandiran generasi akan datang. Anda mampu mengubahnya bertindaklah sekarang sebelum terlambat."

Blog Archive

DEFINISI

Tenaga
Merujuk kepada kebolehan atau kuasa untuk membuat sesuatu kerja.(‘Energy is the ability or power to do work.’).
Kecekapan Tenaga
Merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana.

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA
Klik Gambar

INILAH SAYA...SEADANYA

Arif Ridzuan

Tempat belajar:
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang

Jawatan:
Ketua Pelajar (Head Perfect)
Exco Badar
Naib Pengerusi Kelab Memanah
Setiausaha Persatuan Sains
Guru Muda Matematik Tambahan

Pencapaian Akademik :
* Pelajar Terbaik Keseluruhan PT3 2015 = 10A
* Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 4 2016 = Straight A

Pencapaian Kokurikulum
* Pingat Emas Program Kepimpinan UNITEN Peringkat Kebangsaan
* Pingat Gangsa Program FRIS Peringkat Antarabangsa
* Anugerah Pencapaian Terbaik Pertandingan Robotik Peringkat Negeri

Harapan
Menjadi pelajar terbaik SPM 2017 dengan 9A+ dan mendapat tajaan biasiswa YTN

JOM HUBUNGI SAYA

email : 221000arif@gmail.com
facebook: arif ridzuan
Boleh hubungi saya untuk bertukar-tukar maklumat mengenai pelajaran atau apa-apa jua perkara..saya sedia berkongsi idea dan tips..

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA