Pada tanggal 3 Januari 2017 saya mendapat panggilan daripada kaunselor memberitahu bahawa saya terpilih untuk menyertai TNB- NURTURING FUTURE LEADERS (NFL). Hanya 2 orang sahaja pelajar yang terpilih saya dan amirul. Program ini disertai seramai 100 orang pelajar cemerlang dari sekolah menengah sains di seluruh Malaysia. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan mencetuskan aspirasi kepada 100 orang pesertanya selain bertindak sebagai landasan untuk pelajar ini mengenali operasi harian TNB dan kampus Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Saya sangat teruja menerima perkhabaran ini kerana ini merupakan peluang keemasan untuk saya mendapat pengalaman dan ilmu baru. Program ini berlangsung selama 4 hari iaitu dari 16 hingga 19 Januari 2017.
Berbalik kepada isu utama iaitu tenaga, pada hari kedua program ini kami telah diberi peluang untuk melawat stesen jana elektrik di Putrajaya. Pada awal paginya, kami telah diberikan taklimat oleh pegawai-pegawai TNB mengenai fungsi stesen janakuasa tersebut. Sebenarnya, stesen janakuasa tersebut berfungsi menyalurkan elektrik kepada Putrajaya sekiranya berlaku 'national blackout'. Selepas itu, kami telah dibawa ke bilik kawalan. Kami telah ditunjukkan bagaimana seorang pekerja TNB yang bekerja di bilik kawalan bekerja. Boleh disimpulkan sebagai satu tugas yang amat mencabar dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Mereka ini perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. Setelah itu, kami telah dibawa melawat ke sekitar stesen janakuasa tersebut. Kami telah ditunjukkan turbine yang terdapat di stesen janakuasa tersebut.
Peserta-peserta dari seluruh Malaysia.

Selepas itu, telah diadakan sesi fotografi beramai-ramai bagi memperingati sesi lawatan ini. Sebenarnya ini adalah satu pengalaman yang sangat berguna dan memberi pendedahan awal kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang kejuruteraan.
Bergambar di Pejabat Stesen Janaelektrik Putrajaya
Apa yang mengembirakan lagi ialah pengiktirafan yang diterima iaitu mendapat Anugerah Emas dalam program ini sebagai salah seorang peserta yang aktif dan memberi komitmen yang baik sepanjang program ini berlangsung.
0 comments:
Post a Comment