SUMBER TENAGA DIMANA-MANA

" Terima kasih kerana sudi melayari blog saya ini. Anda semua adalah terbaik kerana peka dengan isu ini. Marilah kita bersama mengamalkan konsep kecekapan tenaga walau dimana sahaja kita berada untuk kebaikan bersama"....arifridzuan 2017

Friday, 14 July 2017

EMPANGAN MELESTARI ALAM SEKITAR


Empangan Tembat mampu menghasilkan tenaga elektrik berkapasiti maksimum 15MW.


SUDAH menjadi kebiasaan setiap kali berlakunya sesuatu bencana alam, pasti ada pihak yang cuba menuding jari mencari punca dan salah siapa.
Lebih memburukkan keadaan apabila terdapat projek-projek pembinaan, terutamanya yang bertaraf mega di sesebuah kawasan berdekatan yang pasti menjadi ‘kambing hitam’ apabila keadaan itu berlaku.
Namun, benarkah setiap kali bencana alam berlaku, kesalahan perlu diletak di bahu pihak-pihak yang melaksanakan projek-projek pembangunan seperti ini tanpa berusaha untuk memahami proses-proses yang dilakukan bagi mengekang segala kebarangkalian daripada terjadi?
Begitulah dilema yang dialami oleh syarikat penyedia utiliti negara, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) apabila banjir besar melanda Kelantan sekitar penghujung 2014 sehingga awal tahun lalu. Mereka dipersalahkan kerana projek dua empangan yang sedang dibina di Hulu Terengganu, Terengganu pada ketika itu iaitu Empangan Puah dan Empangan Tembat.
Bagi Jurutera Kanan (Pengeluaran) Bahagian Penjanaan TNB, Md. Yuzeiry Md. Yasin, kedua-dua empangan baharu yang dikenali sebagai Stesen Hidroelektrik Hulu Terengganu (SHHT) itu dibina dengan tujuan bukan sahaja untuk menjana tenaga elektrik tambahan tetapi mengawal kesan banjir.
“Dari segi reka bentuk stesen, Tasik Tembat yang terbentuk daripada pembinaan Empangan Tembat terletak lebih 20 kilometer (km) dari banjaran tertinggi di kawasan sekitar sebelum ia boleh sampai ke Kelantan.
“Justeru itu, dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat limpahan air daripada projek ini ke Kelantan pada ketika itu adalah tidak benar kerana segala aliran air ditakung di kedua-dua tasik yang terhasil.
“Tasik yang terbentuk itu sebaliknya berfungsi sebagai sistem tebatan banjir, mengumpul dan menyimpan bekalan air tambahan ketika hujan lebat,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! pada sesi lawatan media ke tapak projek SHHT di Hulu Terengganu baru-baru ini.
Komited
Menurut Md. Yuzeiry, bagi menjamin dan memelihara kepentingan setiap pihak berkepentingan termasuk alam sekitar serta penduduk setempat, TNB komited melaksanakan kajian dalam tempoh lima hingga 10 tahun sebelum sesebuah projek hidroelektrik dilaksanakan.
“Pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk keadaan bentuk muka bumi, flora dan fauna, aliran air dan kesan kepada alam sekitar serta penduduk setempat. Percayalah, ia bukan kerja yang mudah yang perlu diambil ringan,” katanya.
Sementara itu, menurut Pengurus Besar Stesen-Stesen Janaelektrik Kenyir (SSJK), Mustafa Hashim, dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar di kawasan terbabit, TNB memperuntukkan perbelanjaan bernilai kira-kira RM10 juta sepanjang tempoh lima tahun projek pembinaan empangan itu dilaksanakan.
“Antara yang dilakukan adalah program penanaman semula Tree for A Tree dengan kerjasama Jabatan Perhutanan, Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Pegawai Daerah Hulu Terengganu.
“Projek itu melibatkan penanaman semula lebih daripada 10,000 batang pokok di kawasan sekitar yang mungkin terkesan ekoran kerja-kerja pembalakan sebelum itu,” ujarnya.
Dari segi pemeliharaan hidupan liar pula, Mustafa berkata, TNB menerusi anak syarikatnya, TNB Research Sdn. Bhd. (TNB Research) turut melaksanakan pemuliharaan hidupan liar dengan membentuk satu Pelan Pengurusan Hidupan Liar.
“Ia termasuklah memantau, menyelamatkan, penempatan semula, menyembuhkan, melepaskan dan membuat penilaian meskipun selepas projek tamat.
“Secara keseluruhan, sebanyak 621 haiwan berjaya diselamatkan daripada aktiviti ini,” katanya.
Masyarakat setempat
Air dari Empangan Puah disalur masuk ke Sungai Terengganu.


Dalam usaha untuk memupuk perasaan bertanggungjawab dalam kalangan komuniti setempat pula, TNB Research turut melaksanakan Sistem Tegal yang melibatkan pembabitan masyarakat setempat untuk menjaga kawasan sungai serta ikan-ikan yang ada di dalamnya.
“Hasrat kami adalah untuk meninggalkan sesuatu yang berharga kepada penduduk setempat iaitu ikan kelah yang ada di situ. Masyarakat setempat sendiri akan menjaga sumber alam di kawasan mereka,” ujarnya.
Daripada langkah itu, sejumlah 772 ekor ikan berjaya diselamatkan.
Dalam pada itu, dari sudut operasi, Pengurus Tapakbina, Jabatan Projek Utama, Bahagian Usaha Niaga Tenaga, Mohammad Azman Asmawi memberi penerangan dengan jelas mengenai bagaimana sistem tadahan air beroperasi di SHHT.
Menurutnya, kedua-dua Empangan Puah dan Empangan Tembat itu dibina sebagai pertambahan kepada empangan sedia ada iaitu Kenyir.
“Ketiga-tiga empangan yang dikenali sebagai SSJK itu dikendali menggunakan sistem empangan bertingkat (cascading system). Air takungan Tembat terletak di bahagian paling atas (430 meter (m) dari aras laut) dan diikuti dengan takungan Puah (296 m dari aras laut) serta Tasik Kenyir pada bahagian paling bawah.
“Air daripada takungan Tembat dipindahkan ke Tasik Puah melalui terowong lencongan yang turut menjana tenaga elektrik, seterusnya ke stesen tenaga bawah tanah di Puah dan dipindahkan ke Tasik Kenyir,” katanya.
Dari segi lokasi pembinaan empangan itu sendiri, ia dipilih untuk mengelakkan pembinaan empangan pelana. Oleh itu, segala pelepasan air adalah melalui kedua-dua empangan Tembat dan Puah.
“Air pelepasan itu akan mengalir di aliran asal Sungai Terengganu dan Sungai Tembat, seterusnya ke Tasik Kenyir.
“Justeru itu, adalah mustahil untuk air pelepasan dari dua empangan itu untuk merentasi banjaran gunung dan memasuki Kelantan,” katanya.
Jana tenaga
Sementara itu, dari segi tenaga elektrik yang dihasilkan ekoran pembinaan SHHT, Mohammad Azman berkata, daripada setiap proses yang dijalankan, ia berupaya menghasilkan penjanaan tenaga elektrik berkapasiti maksimum sebanyak 250 megawatt (MW) bagi Puah dan 15MW untuk Tembat.
“Ini seterusnya menjadikan jumlah keseluruhan penghasilan tenaga elektrik di SSJK sebanyak 665MW setelah dicampurkan dengan kapasiti maksimum tenaga sedia ada di Kenyir iaitu sebanyak 400MW.
“Dengan kapasiti maksimum tenaga elektrik yang dijana oleh ketiga-tiga empangan ini, bekalan itu adalah lebih daripada mencukupi untuk menampung keperluan tenaga elektrik di Terengganu pada masa ini iaitu kira-kira 400MW,” jelasnya.
Mula dibangunkan pada Januari 2010, SHHT melibatkan kos pembinaan bernilai RM2.3 bilion.
Empangan Puah telah memulakan operasi secara komersial pada Disember 2015, manakala Empangan Tembat dijangka beroperasi Oktober depan.
Kedua-dua empangan itu merupakan stesen yang menggunakan sistem bertingkat ketiga seumpamanya di Malaysia selepas stesen di Cameron Highlands, Pahang dan Sungai Perak, Perak selain merupakan stesen hidroelektrik kedua terbesar di Malaysia selepas Stesen Tenaga Hidroelektrik Sungai Perak.




Share:

0 comments:

Post a Comment


"Tenaga perlu digunakan secara cekap untuk mengelakkan PEMBAZIRAN ....bagi kemandiran generasi akan datang. Anda mampu mengubahnya bertindaklah sekarang sebelum terlambat."

Blog Archive

DEFINISI

Tenaga
Merujuk kepada kebolehan atau kuasa untuk membuat sesuatu kerja.(‘Energy is the ability or power to do work.’).
Kecekapan Tenaga
Merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana.

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA
Klik Gambar

INILAH SAYA...SEADANYA

Arif Ridzuan

Tempat belajar:
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang

Jawatan:
Ketua Pelajar (Head Perfect)
Exco Badar
Naib Pengerusi Kelab Memanah
Setiausaha Persatuan Sains
Guru Muda Matematik Tambahan

Pencapaian Akademik :
* Pelajar Terbaik Keseluruhan PT3 2015 = 10A
* Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 4 2016 = Straight A

Pencapaian Kokurikulum
* Pingat Emas Program Kepimpinan UNITEN Peringkat Kebangsaan
* Pingat Gangsa Program FRIS Peringkat Antarabangsa
* Anugerah Pencapaian Terbaik Pertandingan Robotik Peringkat Negeri

Harapan
Menjadi pelajar terbaik SPM 2017 dengan 9A+ dan mendapat tajaan biasiswa YTN

JOM HUBUNGI SAYA

email : 221000arif@gmail.com
facebook: arif ridzuan
Boleh hubungi saya untuk bertukar-tukar maklumat mengenai pelajaran atau apa-apa jua perkara..saya sedia berkongsi idea dan tips..

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA