SUMBER TENAGA DIMANA-MANA

" Terima kasih kerana sudi melayari blog saya ini. Anda semua adalah terbaik kerana peka dengan isu ini. Marilah kita bersama mengamalkan konsep kecekapan tenaga walau dimana sahaja kita berada untuk kebaikan bersama"....arifridzuan 2017

Friday 14 July 2017

CARA KIRA BIL ELEKTRIK ANDA

Adakah anda tahu bagaimana cara untuk mengira berapakah anggaran bil eletrik yang perlu anda bayar pada setiap bulan? Mari kita sama-sama pelajarinya di sini. Sebagai permulaan, kita perlu mengenali apakah yang dimaksudkan dengan Tenaga (Energy, W) dan Kuasa (Power, P).

Tenaga = kebolehan melakukan kerja, dikira dalam unit Joule.
Kuasa = kadaran tenaga yang digunakan, dalam satu jangkamasa, dikira dalam unit Watt.

Rumus : P = W / t 

Dalam mengira bil elektrik, kita menggunakan nilai kilo-watt-hour (kWh), atau dalam bahasa Melayu disebut kilo-watt-jam (kWj). Dalam erti kata lain, kita menghitung berapa kilowatt yang digunakan dalam masa satu jam.

Rumus : W = P t 
Contoh : W = P t = (100 W) x (10 hour) = 1000 Wh @ 1000 Wj = 1 kWh @ 1 kWj



Contoh pengiraan penggunaan alatan harian dalam satu hari seperti berikut : 

Penggunaan : 
6 Lampu kalimantang 38W digunakan selama 5 jam
1 Telivision 100W digunakan selama 4 jam
2 Kipas angin 60W digunakan selama 4 jam
1 Peti sejuk 700W digunakan 24 jam
1 Iron (penggosok baju) 1000W digunakan 30 minit (0.5 jam)
1 Cerek elektrik 1000W digunakan 15 minit (0.25 jam) 

Pengiraan kWh 
Lampu    : 6 x 38 W x 5 h = 1140 Wh = 1.140 kWh
TV         : 1 x 100 x 4 = 400 Wh = 0.4 kWh
Kipas     : 2 x 60 x 4 = 480 Wh = 0.48 kWh
P.Sejuk  : 1 x 700 x 24 = 16800 Wh = 16.8 kWh
Iron       : 1 x 1000 x 0.5 = 500 Wh = 0.5 kWh
Cerek    : 1 x 1000 x 0.25 = 250 Wh = 0.25 kWh 

Jumlah penggunaan kWh dalam sehari adalah :
1.140 + 0.4 + 0.48 + 16.8 + 0.5 + 0.25 = 19.57 kWh 

Katakan penggunaan yang sama dilakukan selama sebulan (30 hari) maka penggunaan adalah :
19.57 kWh x 30 hari = 587.1 kWh 

Kadar bil elektrik yang perlu dibayar (ikut kadar TNB) (klik untuk jadual kadar tarif) 
1. 200 kWh pertama (1 - 200 kWh) = (200*21.8)/100 =  RM 43.60
2. 100 kWh seterusnya (201 - 300kWh) = (100*33.4)/100 = RM 33.40
3. 100 kWh seterusnya (301 - 400kWh) = (100*40.0)/100 = RM40.00
4. 100 kWh seterusnya (401 - 500kWh) = (100*40.2)/100 = RM 40.20
5. 100 kWh seterusnya (501 - 600kWh) = (87.10*41.6)/100 = RM 36.23 

Jumlah keseluruhan = RM 193.43


Maka, jumlah bil yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 193.43.
Untuk kaedah pengiraan secara atas talian, anda boleh merujuk kepada laman web TNB di sini.

Kredit kepada :ciklaili
Share:

1 comments:

  1. Terima kasih. Minta kebenaran untuk guna dalam nota saya ye.

    ReplyDelete


"Tenaga perlu digunakan secara cekap untuk mengelakkan PEMBAZIRAN ....bagi kemandiran generasi akan datang. Anda mampu mengubahnya bertindaklah sekarang sebelum terlambat."

Blog Archive

DEFINISI

Tenaga
Merujuk kepada kebolehan atau kuasa untuk membuat sesuatu kerja.(‘Energy is the ability or power to do work.’).
Kecekapan Tenaga
Merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana.

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA
Klik Gambar

INILAH SAYA...SEADANYA

Arif Ridzuan

Tempat belajar:
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang

Jawatan:
Ketua Pelajar (Head Perfect)
Exco Badar
Naib Pengerusi Kelab Memanah
Setiausaha Persatuan Sains
Guru Muda Matematik Tambahan

Pencapaian Akademik :
* Pelajar Terbaik Keseluruhan PT3 2015 = 10A
* Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 4 2016 = Straight A

Pencapaian Kokurikulum
* Pingat Emas Program Kepimpinan UNITEN Peringkat Kebangsaan
* Pingat Gangsa Program FRIS Peringkat Antarabangsa
* Anugerah Pencapaian Terbaik Pertandingan Robotik Peringkat Negeri

Harapan
Menjadi pelajar terbaik SPM 2017 dengan 9A+ dan mendapat tajaan biasiswa YTN

JOM HUBUNGI SAYA

email : 221000arif@gmail.com
facebook: arif ridzuan
Boleh hubungi saya untuk bertukar-tukar maklumat mengenai pelajaran atau apa-apa jua perkara..saya sedia berkongsi idea dan tips..

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA