- Unit yang kita guna untuk menyukat tenaga ialah joule, J. Anda memerlukan 10 joule tenaga untuk mengangkat 1 kilogram pek gula dari lantai dapur ke meja kerja setinggi 1 meter. Tenaga ini mencukupi untuk dibekalkan pada sebiji mentol lampu elektrik biasa selama satu per sepuluh daripada satu saat.
- CHP (gabungan haba dan kuasa) - Apabila stesen CHP menjana tenaga elektrik, haba sisa digunakan untuk memanaskan bangunan
- CSP kuasa suria padu- Stesen CSP menggunakan haba daripada Matahari untuk menjana sejumlah besar tenaga elektrik.
- Antrasit, sejenis batu arang berkilat yang sangat keras, mengandungi lebih daripada 90 peratus karbon. Antrasit ditemui lebih 5 kilometer (3batu) di bawah tanah.
- Batu arang digunakan untuk menghasilkan satu per tiga daripada elektrik di dunia. Elektrik menggunakannya hingga dua per tiga daripada keseluruhan batu arang yang dilombong setiap tahun. Batu arang yang ada mungkin hanya mencukupi untuk 300 tahun lagi. Sebalik sahaja habis, batu arang akan lenyap buat selama-lamanya.
- Zaman Karbon bermula sekitar 360 juta tahun dahulu dan berlanjutan selama 70 juta tahun. Apabila tumbuhan seperti ini mati, ia akan membentuk batu arang yang dilombong di seluruh dunia pada hari ini.
- Separuh daripda minyak dunia yang diambil daripada perut bumi pada setiap tahun digunakan untuk menggerakkan kapal terbang, kereta dan kenderaan lain. Sebahagian besar yang lain pula dibakar untuk memanaskan bangunan dan menghasilkan elektrik. Pada kadar penggunaan minyak di dunia sekarang, mungkin minyak yang ada hanya mencukupi untuk tempoh 40 tahun lagi.
- Setiap minggu, penduduk AS menggunakan minyak mentah yang sama banyak dengan bilangan penduduknya.
- Unit uang digunakan untuk menyukat isi pada minyak mentah; satu tong bersamaan 1559 liter.
- Mentol lampu biasa akan mengeluarkan tenaga cahaya dan haba. Cahaya memang berguna tetapi haba hilang di persekitaran serta membazirkan elektrik. Mentol lampu jimat tenaga yang moden kurang menghasilkan haba. Mentol ini juga kurang menggunakan elektrik untuk menghasilkan cahaya yang sama banyak dengan mentol biasa. Oleh itu, mentol ini menjimatkan bahan api.
- Mentol lampu jimat tenaga lebih mahal daripada mentol lampu biasa tetapi tahan lebih lama.
- Relau suria di Perancis menggunakan 9500 buah cermin untuk menumpukan haba Matahari ke atas relau di menara sebelah kanan. Relau ini boleh mencecah suhu sehingga 3800®c dan menghasilkan sejumlah megawatt tenaga haba.
- Biasanya, kincir angin moden memutarkan penjana elektrik dan mengubah tenaga kinetik menjadi tenaga elektrik. Kincir angin selalunya dibina berdekatan satu sama lain di kawasan berangin untuk menjadi sebagai ladang angin. Keadaan ini menghasilkan bunyi bising dan menjadikan pemandangan di desa tidak lagi menarik.
Kredit kepada : e-tenaga.blogspot.com
" Terima kasih kerana sudi melayari blog saya ini. Anda semua adalah terbaik kerana peka dengan isu ini. Marilah kita bersama mengamalkan konsep kecekapan tenaga walau dimana sahaja kita berada untuk kebaikan bersama"....arifridzuan 2017
Friday, 14 July 2017
Home »
Pengetahuan
» INFORMASI TENTANG TENAGA
0 comments:
Post a Comment