SUMBER TENAGA DIMANA-MANA

KECEKAPAN TENAGA

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2017

KECEKAPAN TENAGA

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2017

KECEKAPAN TENAGA

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2017

KECEKAPAN TENAGA

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2017

KECEKAPAN TENAGA

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2017

" Terima kasih kerana sudi melayari blog saya ini. Anda semua adalah terbaik kerana peka dengan isu ini. Marilah kita bersama mengamalkan konsep kecekapan tenaga walau dimana sahaja kita berada untuk kebaikan bersama"....arifridzuan 2017

Friday, 14 July 2017

REPLIKA KINCIR ANGIN KEBANGGAAN SM SAINS KEPALA BATAS

Plak perasmian pada tahun 2013. Ketika saya di Tingkatan Satu.

Telah disumbangkan oleh Batch Kaizer SPM 2012

Kincir angin atau "Wind Energy" adalah sumbangan bekas pelajar SM Sains SPM 2012 dan telah dirasmikan oleh Tn Hj Rosland Bin Hussein pada 6 April 2013. Kincir Angin mini ini merupakan kebanggaan warga SM Sains Kepala Batas kerana menjadi perhatian dan merupakan mercu tanda yang terletak di ruang masuk ke sekolah ini.

Gambar penuh Kincir Angin

Tersergam indah dan setiap kali angin bertiup dengan kencang ia akan berputar dengan laju. Sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada kami pelajar Fizik mengenai hukum tenaga dan elektrik. Satu usaha yang murni dan memberi gambaran mengenai ciptaan kincir angin yang lebih besar yang boleh menghasilkan tenaga elektrik.

PAUTAN FACEBOOK SM SAINS KEPALA BATAS UNTUK MELIHAT KINCIR ANGIN KAIZER BERPUSING
https://www.facebook.com/pg/smskb/videos/?ref=page_internal


Share:

PENGALAMAN SEHARI DI STESEN JANAELEKTRIK PUTRAJAYA

Pada tanggal 3 Januari 2017 saya mendapat panggilan daripada kaunselor memberitahu bahawa saya terpilih untuk menyertai TNB- NURTURING FUTURE LEADERS (NFL). Hanya 2 orang sahaja pelajar yang terpilih saya dan amirul. Program ini disertai seramai 100 orang pelajar cemerlang dari sekolah menengah sains di seluruh Malaysia.  Program ini bertujuan memberi pendedahan dan mencetuskan aspirasi kepada 100 orang pesertanya selain bertindak sebagai landasan untuk pelajar ini mengenali operasi harian TNB dan kampus Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)Saya sangat teruja menerima perkhabaran ini kerana ini merupakan peluang keemasan untuk saya mendapat pengalaman dan ilmu baru. Program ini berlangsung selama 4 hari iaitu dari 16 hingga 19 Januari 2017.





Peserta-peserta dari seluruh Malaysia.


Berbalik kepada isu utama iaitu tenaga, pada hari kedua program ini kami telah diberi peluang untuk melawat stesen jana elektrik di Putrajaya. Pada awal paginya, kami telah diberikan taklimat oleh pegawai-pegawai TNB mengenai fungsi stesen janakuasa tersebut. Sebenarnya, stesen janakuasa tersebut berfungsi menyalurkan elektrik kepada Putrajaya sekiranya berlaku 'national blackout'.  Selepas itu, kami telah dibawa ke bilik kawalan. Kami telah ditunjukkan bagaimana seorang pekerja TNB yang bekerja di bilik kawalan bekerja. Boleh disimpulkan sebagai satu tugas yang amat mencabar dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Mereka ini perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. Setelah itu, kami telah dibawa melawat ke sekitar stesen janakuasa tersebut. Kami telah ditunjukkan turbine yang terdapat di stesen janakuasa tersebut.




Bilik Turbine

Info : apa itu turbine

Selepas itu, telah diadakan sesi fotografi beramai-ramai bagi memperingati sesi lawatan ini. Sebenarnya ini adalah satu pengalaman yang sangat berguna dan memberi pendedahan awal kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang kejuruteraan.


Bergambar di Pejabat Stesen Janaelektrik Putrajaya

Apa yang mengembirakan lagi ialah pengiktirafan yang  diterima  iaitu mendapat Anugerah Emas dalam program ini sebagai salah seorang peserta yang aktif dan memberi komitmen yang baik sepanjang program ini berlangsung.

Share:

KEMPEN EARTH HOUR - TUTUP LAMPU ANDA


earth-hour-klcc

Program Earth Hour telah dimulakan pada tahun 2007 dan menjadi satu acara global tahunan di negara seluruh dunia. Pada tahun ini, program Earth Hour bakal diadakan pada 25 Mac 2017  bermula 8.30 malam hingga 9.30 malam iaitu selama 1 jam. Apa yang perlu anda buat? Hanya tutup lampu pada waktu tersebut.

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Seduia ( WWF ) , disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Program ini dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada tahun 2007, dan mendapat sokongan dunia bermula tahun 2008. Pada tahun 2012 pula, lebih daripada 7,000 bandar di 152 buah negara dan wilayah menyertai kempen Earth Hour dan menjadi salah satu “kempen terbesar di dunia”.
earth-hour-2
Malaysia dan Earth Hour
Malaysia juga turut bersama-sama menyertai projek Earth Hour bermula sekitar beberapa tahun lepas dan nampaknya pada tahun ini syarikat korporat dan juga banyak pusat beli0belah yang turut bersama-sama melakukan projek ini tahun ini


Share:

10 LANGKAH BIJAK UNTUK JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DI RUMAH


Berikut adalah 10 langkah bijak untuk menjimatkan elektrik di rumah:

  1. Pemantauan – Lakukan pengauditan tenaga elektrik dirumah. Ini boleh dilakukan dengan memeriksa penggunaan peralatan elektrik yang menggunakan banyak tenaga elektrik. Bil elektrik hendaklah konsisten dengan penggunaan peralatan elektrik. Ini kerana ada sesetengah peralatan lama atau bermasalah akan menyebabkan penggunaan elektrik lebih daripada biasa.
  2. Plug – Matikan suis dan tanggalkan plug apabila peralatan elektrik tidak digunakan. Menurut TNB, pengaliran tenaga akan tetap berlaku kalau plug tidak ditanggalkan.
  3. Suis – Matikan suis lampu, kipas dan hawa dingin apabila tiada sesiapa di dalam bilik. Ini antara langkah bijak yang paling mudah tetapi susah untuk segelintir daripada kita amalkan.
  4. Peralatan Elektrik – Kalau boleh belilah peralatan elektrik yang mempunyai label jimat tenaga. Skim pelabelan ini dilaksanakan di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga. Ia akan memberi maklumat tentang peratusan penjimatan elektrik yang digunakan.
  5. Lampu – Pastikan lampu yang digunakan dari jenis cekap tenaga. Kalau boleh bertukar kepada lampu jenis flouresen untuk pencahayaan dalaman kerana ia lebih menjimatkan.
  6. Peti Sejuk – Kalau boleh belilah peti sejuk yang bersesuaian dan menepati keperluan keluarga. Elakkan beli yang terlalu besar. Selain itu, elakkan daripada membuka pintu sejuk dengan kerap kerana 30% udara sejuk keluar setiap kali pintu dibuka. Elak meletakkan peti sejuk pada tempat panas dan berikan sedikit ruang di sekeliling peti sejuk bagi membolehkan pengaliran udara bebas.
  7. Pendingin Hawa (Aircond) – Tetapkan suhu pendingin kepada hawa kepada 24 – 26 darjah C. Baca disini untuk 5 tips penggunaan penghawa dingin dengan bijak! Selain itu, beli pendingan hawa yang sesuai dengan saiz bilik kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga. Selain itu, beli pendingan hawa yang sesuai dengan saiz bilik kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga.
  8. Mesin Basuh – Jika anda kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.
  9. Komputer – Elakkan penggunaan “screen saver” dan matikan suiz monitor jika tidak digunakan. Eloklah kalau komputer di ‘shut down’ dan elakkan dari sleep mode.
  10. Seterika – Setiap kali menggosok pakaian hendaklah dalam jumlah yang banyak. Kalau boleh gosok pakaian untuk seminggu sekali pun sudah memadai.
Share:

40 TIPS JIMAT TENAGA DI RUMAH DAN PEJABAT

Kredit gambar: hangleotalk.

Tip Jimat Tenaga Elektrik

  1. Bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap. Aliran udara yang senag mengurangkan penggunaan tenaga.
  2. Lakukan audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.
  3. Bersihkan kompresor. Gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.
  4. Tutup lampu pada waktu siang.
  5. Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.
  6. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.
  7. Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik. 
  8. Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.
  9. Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah  (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.
  10. Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.
  11. Gunakan penyembur air yang jimat air. Air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.
  12. Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.
  13. Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.
  14. Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.
  15. Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.
  16. Jangan buka peti sejuk lama-lama. 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.
  17. Jangan melebihi muatan peti sejuk. Udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.
  18. Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.
  19. Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit satu ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).
  20. Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.
  21. Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.
  22. Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.
  23. Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian. Air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.
  24. Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah. Kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.
  25. Gunakan lampu floresen kompak. Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.
  26. Padamkan lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.
  27. Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.
  28. Rancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat. Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
  29. Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.
  30. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak ditebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.
  31. Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.
  32. Melabur kepada alat yang cekap tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.
  33. Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul. Pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.
  34. Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.
  35. Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.
  36. Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
  37. Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.
  38. Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.
  39. Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).
  40. Dalam mempraktikkan hak anda, jika pemborong atau penjual gagal untuk memberikan tuntutan anda, sila laporkan kepada Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (layari http://www.nccc.org.my atau panggil +603-78779000).

Kredit kepada: 3K - Kempen Konsumer Kebangsaan. Kredit gambar: hangleotalk.
Share:

LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK

LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK


  • Laraskan suhu bilik pada 25°C .Bilik yang mempunyai suhu < 25°C dianggap terlalu sejuk. Dalam keadaan ini, ‘compressor’ bagi alat penghawa dingin akan menggunakan tenaga yang lebih banyak bagi mencapai suhu yang rendah.
  •  Padamkan lampu atau penghawa dingin apabila tidak digunakan atau keluar dari pejabat untuk jangka masa yang panjang.
  • Menguatkuasakan waktu ON dan OFF sistem elektrik di pejabat  seperti waktu rehat (1-2 petang) dan mematikan bekalan selepas waktu bekerja (5 petang)
  • Tutup tingkap dan pintu apabila menggunakan penghawa dingin. 
  • Menjalankan penyelenggaraan berkala untuk penghawa dingin dan peralatan elektrik.  Penyelenggaraan berkala dapat memastikan penghawa dingin dan peralatan elektrik berada dalam keadaan baik dan mencapai keupayaan yang maksima.  
  • Memastikan ‘setting’ monitor computer dalam keadaan ‘sleep mode’ apabila tidak digunakan untuk jangka masayang singkat dan mematikan terus jika tidak digunakan untuk jangka masa yang lama.  Komputer dalam setting ‘sleep mode’ akan menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah. 
  • Menggalakkan penggunaan monitor computer jenis LCD  berbanding monitor jenis CRT. Monitor jenis CRT menggunakan lebih tenaga elektrikberbanding monitor jenis LCD.
  • Menggantikan lampu-lampu yang rosak dengan lampu  jenis jimat tenaga (energy saving) seperti lampu compact fluorescent (CFL) dan lampu LED (Light Emitting Diode). Lampu jenis compact fluorescent (CFL)/LED menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah. 
  • Memastikan setiap sistem dijalankan mengikut kehendak beban semasa (Chiller/Cooling Tower/Pump/AHU dan lain-lain) .  Langkah ini dapat mengelakkan penggunaan tenaga yang sia-sia.  
  • Memeriksa dan melaraskan ‘Timer’ bagi semua lampu koridor/penghawa dingin bagi setiap 3bulan. Langkah ini dapat mengelakkan lampu koridor/penghawa  dingin beroperasi di luar  jangka waktu yang dikehendaki. 
  •  Menggalakkan penggunaan peralatan elektrik yang mempunyai kemampuan ‘Cekap Tenaga’ Label ‘EnergyStar’ atau ‘Cekap Tenaga’ pada perlatan elektrik membuktikan peralatan elektrik tersebut menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
  • Mewujudkan satu jawatankuasa audit khusus bagi memantau cara penggunaan elektrik disamping memberi teguran secara berterusankepada pengguna. Jawatankuasa tersebut perlu membuat  laporan bertulis terus kepada Ketua Jabatan yang berkaitan agar tindakan segera dapat diambil 
  •  Mengadakan kempen penjimatan elektrik disemua peringkat dengan menampal poster dan mengedar risalah-risalah berkaitan penjimatan elektrik 
  •  Memastikan suis dimatikan dan ‘plug’ ditanggalkan apabila peralatan elektrik digunakan.   plug perlu ditanggalkan dan bukan hanya mematikan suis sahaja kerana masih terdapat tenaga elektrik yang mengalir. 


Share:

CARA JIMAT ELEKTRIK DI RUMAH



Share:

TENAGA SOLAR SEBAGAI TENAGA ALTERNATIF

Tenaga suria merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dan tidak akan kehabisan. Tenaga suria juga dikenali sebagai tenaga solar kerana punca tenaga utama bagi tenaga suria adalah daripada cahaya matahari. Tanpa tenaga matahari, bumi akan mati. Sumber tenaga suria dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperoleh secara semulajadi daripada sinaran suria dan tenaga ini juga tidak terhad serta berterusan penggunaanya. Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga kerana hampir 99.9% tenaga berpunca daripada sinaran cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi. Purata keseluruhan tenaga suria yang sampai ke permukaaan bumi kira-kira sebanyak 1353 kw per meter persegi. ( Jauhri P. K, 2005) 


Secara ringkasnya, pengunaan tenaga suria ini bermula sejak ratusan tahun yang lampau. Menurut sejarah, pada tahun 212 Sebelum Masihi, Archimedes telah berjaya mengalahkan angkatan perang dengan menggunakan kaedah penumpuan tenaga suria. Secara berperingkat-peringkat peningkatan pengunaan tenaga suria berkembang melalui penemuan kaedah yang lebih saintifik dan kegunaan tenaga suria menjadi lebih efisyen. Kini, aplikasi daripada tenaga suria telah banyak digunakan di kebanyakan negara-negara di dunia ini bagi mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga utama. (Murtedza Mohamed, 1991) 

Bagi mendapatkan tenaga suria sebagai sumber tenaga pelbagai kaedah telah digunakan. Antaranya ialah kaedah plat pengumpul mendatar. Pengumpul jenis ini popular digunakan bagi pemanasan ruang yang besar-besaran ataupun secara kecil- kecilan. Pengumpul penumpu pula merupakan satu teknologi yang akan menumpukan sinaran suria bagi meningkatkan fluks sinaran tersebut. Di negara-negara membangun aplikasi kaedah ini masih kurang digunakan disebabkan oleh kos pemasangan yang agak tinggi walaupan kaedah ini sesuai digunakan di kebanyakan negara-negara yang sedang membangun seperti negara Malaysia. 



Potensi pengunaan tenaga suria sebagai pembekal sumber tenaga kepada negara- negara yang membangun memperlihatkan satu jalan yang agak cerah. Hal ini adalah kerana, kebanyakan negara-negara yang sedang membangun ini berada dalam lingkungan 0oC – 23oC di mana kawasan ini terletak dalam kawasan yang mendapat cahaya matahari paling tinggi sepanjang tahun. Sebagai contohnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan terletak di kawasan khatulistiwa yang mampu menjana tenaga suria sebagai sumber tenaga alternatif. Malaysia mendapat sebanyak 10 jam tenaga suria setiap hari dan masa matahari tegak diatas kepala merupakan satu masa yang memancarkan tenaga suria secara maksimum. Pada masa ini, tenaga suria boleh dijana secara maksimum melalui penggunaan kaedah pengumpul penumpu. 

Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat menghasilkan suhu yang sangat tinggi untuk menghasilkan tenaga. Pantai barat semenanjung Malaysia dan pulau-pulau kecil di pantai barat semenanjung mempunyai potensi yang amat luas untuk menjana tenaga solar kerana kawasan ini mendapat sinaran matahari sepanjang tahun. Hal ini adalah kerana, kawasan ini tidak mengalami musim tengkujuh seperti yang berlaku di kawasan pantai timur semenanjung yang akan mengalami musim tengkujuh sekali setiap tahun. Dengan adanya kitaran musim tengkujuh ini, kawasan ini tidak sesuai untuk dijanakan tenaga suria. 



Di samping itu juga, India juga merupakan satu contoh negara yang membangun yang mempunyai potensi besar untuk menjana tenaga suria. Menurut Jauhri (2005), India mampu untuk menjana tenaga suria sebanyak 5000 trillion kwh per setahun. Hal ini adalah kerana, negara India terletak dalam kawasan yang mendapat sinaran tenaga suria yang tinggi sepanjang tahun dan negara India juga dapat menjana tenaga suria sebanyak 5 ± 7 kw per jam sehari. 

Kini telah banyak penyelidikan dilakukan untuk memanipulasikan tenaga suria ini secara maksimum di India. Lebih daripada 100 buah syarikat tempatan telah terlibat dalam sektor pembuatan yang mengadaptasikan proses tenaga solar dalam kehidupan seharian seperti dapur solar dan pemanas air solar. 


Kredit kepada :http://mothergadget.blogspot.my 
Share:

"Tenaga perlu digunakan secara cekap untuk mengelakkan PEMBAZIRAN ....bagi kemandiran generasi akan datang. Anda mampu mengubahnya bertindaklah sekarang sebelum terlambat."

Blog Archive

DEFINISI

Tenaga
Merujuk kepada kebolehan atau kuasa untuk membuat sesuatu kerja.(‘Energy is the ability or power to do work.’).
Kecekapan Tenaga
Merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana.

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA

KIRA BIL ELEKTRIK ANDA
Klik Gambar

INILAH SAYA...SEADANYA

Arif Ridzuan

Tempat belajar:
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang

Jawatan:
Ketua Pelajar (Head Perfect)
Exco Badar
Naib Pengerusi Kelab Memanah
Setiausaha Persatuan Sains
Guru Muda Matematik Tambahan

Pencapaian Akademik :
* Pelajar Terbaik Keseluruhan PT3 2015 = 10A
* Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 4 2016 = Straight A

Pencapaian Kokurikulum
* Pingat Emas Program Kepimpinan UNITEN Peringkat Kebangsaan
* Pingat Gangsa Program FRIS Peringkat Antarabangsa
* Anugerah Pencapaian Terbaik Pertandingan Robotik Peringkat Negeri

Harapan
Menjadi pelajar terbaik SPM 2017 dengan 9A+ dan mendapat tajaan biasiswa YTN

JOM HUBUNGI SAYA

email : 221000arif@gmail.com
facebook: arif ridzuan
Boleh hubungi saya untuk bertukar-tukar maklumat mengenai pelajaran atau apa-apa jua perkara..saya sedia berkongsi idea dan tips..

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

WAJIB DIKETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA